Followers

Search my Blog

Wednesday, September 22, 2010

LAPORAN GURU KELAS


~P/S I LOVE U=)weee~~~ekeke, ni khas untuk adik2 ku yg tersyg...setelah seniormu ini survey all d web, mmg xde satu kepebenda pon laporan utk guru kelas, so, akak kan baik...nih hadiah utk korunk as 4 ur preperation on ur next internship program, ur final touch...so wish me luck babe=)muah2(if ader nk mende len, leh btau akak ye adik2)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR                   :  NURUL FAREHA BINTI ROSLI
PROGRAM                            :  PISMP-IPGM AMBILAN JANUARI 2007
NAMA SEKOLAH                  :  SEK.KEB.TAMAN RASAH JAYA, SEREMBAN.
NAMA PROJEK/AKTIVITI    :  MENJADI GURU KELAS 4 BESTARI
TEMPOH PELAKSANAAN  :  5 JULAI 2010 – 30 JULAI 2010

OBJEKTIF :
1.         Memberi pengalaman sebenar sebagai guru kelas
2.        Memberi pengalaman mengurus murid-murid dalam satu kelas.
3.        Memberi pengalaman membina hubungan positif antara guru dengan murid-murid.
4.       Menguji kebolehan diri untuk memimpin dan mengetuai sesebuah kelas.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1.         Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan juga guru kelas sebenar 4 Bestari berkaitan tugasan.
2.        Membuat tinjauan dan penilaian luaran terhadap murid-murid kelas 4 Bestari.
3.        Menilai tahap penerimaan murid-murid terhadap pertukaran guru kelas mereka.
4.       Menjalankan tanggungjawab sebagai guru kelas 4 Bestari.
5.        Mendapatkan bantuan dan pendapat daripada guru kelas sebenar 4 Bestari dan juga guru-guru lain yang lebih berpengalaman.
6.       Menilai dan membuat refleksi kendiri berkaitan tugasan yang diberikan.

REFLEKSI :
1.         Kekuatan projek
a.    Pengurusan kelas mendapat kerjasama yang baik daripada guru kelas sebenar dan juga daripada murid-murid kelas tersebut. Hal ini memudahkan saya untuk mengorganisasi kelas tersebut dan membolehkan saya melakukan tugas dengan senang dan lancar.
b.    Tugasan sebagai guru kelas bermula pada minggu pertama sesi Internship dan inimemberi masa yang agak panjang untuk saya mengenali murid-murid saya. Selain itu, masa yang panjang juga membuatkan saya lebih selesa dan mesra dengan murid-murid saya.

2.        Kelemahan projek/ aktiviti
a.    Pengurusan keceriaan kelas agak sukar dilaksanakan memandangkan masa yang kurang mengizinkan. Hal ini berlaku kerana saya hanya memperoleh dua waktu pengajaran bersama kelas tersebut dan ini menyukarkan proses pengurusan keceriaan dijalankan. 
b.    Ruangan yang agak terhad juga menyebabkan sedikit kesulitan dalam pengurusan informasi kelas. Keadaan ini berlaku kerana jumlah murid di dalam kelas adlah seramai 40 orang. Hal ini menyebabkan ruangan atau sudut informasi kelas adalah terhad.
c.      Program Internship yang dilalui ini dijalankan pada penggal kedua persekolahan. Tugasan guru kelas lebih banyak pada awal penggal pertama. Perkara ini memberi sedikit kekurangan kepada saya kerana saya hanya berpeluang untuk menjalankan tugas mengambil kedatangan murid dan tidak berpeluang untuk menguruskan hal ehwal murid berkaitan yuran persekolahan atau pengurusan berkaitan rekod peribadi murid-murid.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1.         Melengkapkan ruangan atau sudut-sudut kelas dengan memperbanyak informasi berkaitan isu semasa yang bersesuaian dengan kedua-dua tahap murid sesi pagi dan petang. Informasi-informasi yang dipilih haruslah menarik perhatian murid-murid supaya ruangan-ruangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka.
KESIMPULAN:
                        Tugas sebagai guru kelas merupakan salah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dijalankan oleh seorang guru. Telah jelas bahawa tugas seorang guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun juga mendidik, mengawas, menjaga serta membentuk peribadi murid-murid. Tanggungjawab ini memerlukan daya komitmen yang sangat besar daripada seorang guru. Cabaran guru masa kini telah meletakkan profesion keguruan sebagai salah satu profesion utama dan penting dalam bidang pekerjaan di negara ini. Hal ini terbukti menerusi lebihan permohonan kursus-kursus perguruan pada hari ini dan jelas bahawa profesion guru kini bukan lagi dilihat sebagai pilihan profesion terakhir, tetapi profesion pertama yang menjadi rebutan di kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM.
Tugasan menjadi guru kelas 4 Bestari ini memberikan saya suatu pengalaman yang cukup baru kerana hampir semua perkara berkaitan kelas 4 Bestari berada di bawah tanggungjawab saya. Saya seolah-olah berada dalam situasi sebenar seorang guru dan setelah beberapa minggu mengendalikan kelas 4 Bestari, saya secara peribadi berasa sangat gembira dan seronok menguruskan murid-murid. Seorang guru boleh menjadi idola kepada beratus-ratus murid, namun di sebalik nilai sebagai idola itu, tersemat amanah dan tanggungjawab yang sangat berat yang harus digalas oleh seorang guru. Sebagai seorang bakal guru, pengalaman yang diperoleh sepanjang memikul tanggungjawab sebagai guru kelas akan saya jadikan sebagai persediaan dan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan berkredibiliti pada masa akan datang.

No comments: